Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Perempuan Kadang-Kadang Memang Macam Orang Gila


    *sunyi sepi, merajuk*
    Awak..
    Awak sihat? Dah makan?
    Awak okay tak?
    Awak kenapa ni? Saya ada buat salah?
    Awak, janganlah macam ni. Cuba respon sikit?
    Kau diam boleh tak?!
    *kerut-kerut kening, garu-garu kepala*


    Perempuan kalau tengah marah, memang malas sangat nak cakap apa-apa. Asal nak cakap, mula la nak buat ayat jampi sampah, paling tidakpun menangis. Jadi kamu jangan nak buat ramah sangatlah bila dia marah tu, bimbang bertambah ribut. Cara terbaik, beri dia ruang dan masa.

    "Awak, walau apa jua keadaan awak, saya akan sentiasa sayang awak. Saya sentiasa ada untuk awak, bila lapang nanti, text me okay"

    Hantar tu pun dah cukup, tak perlu nak panjang-panjang, tak perlu bertubi-tubi. Yes, dia perlukan masa untuk bertenang. Ayat macam tak boleh pergi kan? Walhal kalau perempuan tu gila, ada kau nak kejar-kejar lagi bang? **Tak payah jawab.

    Perempuan kalau tengah marah, memang macam kena suntik virus gila. Buat apa sahaja yang buat dia rasa puas tanpa fikir sebab dan akibat (tak sempat). Janganlah cabar dia buat apa-apa, mungkin masa tu, bunuh diri pun dia tak perasan. Bila dah dikuasai syaitan bukan?

    Lelaki ni pun janganlah pendek akal sangat. Setakat nak cakap 'maaf' atau 'sorry' tu tak perlu bayar satu sen pun, tak perlu panjat Gunung Himalaya dahulu pun, tak perlu. Ringan-ringankanlah mulut, tu penyejuk hati dia. Kalau kamu tak salah sekalipun, setakat salah yang kecil tu mengaku sahajalah. Perempuan memang asyik nak menang. Nanti bila dah reda, jelaskanlah. Tu pun kalau kamu sayang perempuan tu, kalau tak sayang; lempang laju-laju, campak jauh-jauh. Dayus!


    “Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

    P/s: Sayang, you kena banyak sabar bila I marah, message I tu memang kadang-kadang macam puaka, lebih-lebih lagi bila you blurr tak faham-faham. Hahaha ~~

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728