Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Guru Vs Bajet 2012

    Penat sangat tadi, lepas Zohor, tidur. Kemudian terjaga bila pihak HEP telefon nakkan rumusan kehadiran individu. Balik tu layan kejap Bajet 2012 online. Alahai cuaca tak cun, alamatnya tunggu Hmetro jugalah. Apa yang saya suka dengar tentang Bajet 2012 ni:
    1. Bonus tambahan setengah bulan gaji atau minimum RM500 dan bantuan RM500 kepada pesara kerajaan.
    2. Dalam skim baru menikut time-based, guru akan dapat gred 44 pd tahun ke-8 dan gred 48 pd tahun ke-16.
    3. Kerajaan akan tawar bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam, termasuk 5000 peluang ijazah sarjana & 500 kedoktoran falsafah.
    4. Mulai 2012, kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.
    5. 600000 pesara kerajaan akan dapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.
    6. Kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah kerajaan.
    7. RM13.6 bilion disediakan untuk sektor sosial, termasuk pendidikan & latihan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
    Kalau ada masa, boleh baca teks ucapan bajet 2012 dan lampirannya di laman http://www.treasury.gov.my/.

    P/s: Usia semakin lanjut, tak perlulah rasanya umur persaraan wajib turut dilanjutkan. Opppsss...!

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728