Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Kek Lapis Sarawak Mengandungi DNA Babi

    Aduh, sakit mata tengok haiwan ni, tapi nak juga tempek kat sini. Biarlah, memang kita sedang cakap tentang spesies haiwan ni kan? Menyandang panggilan 'babi' ni, bila sah bahawa haiwan ini adalah seekor babi, memang haramlah! Eh, kasar ya? Okay, khinzir.


    Sebelum berbuka tadi, saya belek-belek myMetro, kalau nak harap beli surat khabar, memang susah. Bila terbaca tajuk dilema pengusaha kek lapis Sarawak tu, saya tertarik. Berita tu mengisahkan tentang penggunaan mentega yang mengandungi asid deoksiribonuklik (DNA) babi dalam kek lapis. 

    Menurut pengusaha kek lapis tu, sebelum ini pihak Jakim menyatakan bahawa mentega tersebut halal. Namun semalam Jais dan Jakim kembali membuat pengesahan bahawa mentega tersebut mengandungi DNA babi. Isu DNA babi dalam mentega ini timbul selepas Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Johor, mengesannya dan mengeluarkan amaran kepada pengguna Islam, pada 18 Mei 2011.

    Jangan risau kerana Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) dan Jakim akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu berkenaan bagi mengelak kekeliruan orang ramai mengenai penggunaan mentega itu tidak lama lagi. Hati-hati dengan mentega berjenama Golden Churn Creamery Butter.  risau terbuat biskut raya dengan mentega tu pula. Ah!


    Bukan seorang dua pengusaha yang menggunakan mentega tersebut namun lebih 400 pengusaha telah menggunakannya. Para pengusaha harapnya melupuskan semua stok yang ada di samping menyamak semua peralatan untuk memproses kek lapis tersebut.

    P/s : Mencari yang halal itu adalah sesuatu yang wajib.

    10 ulasan:

    1. Ayu,

      setuju dgn anda.

      memang byk produk yg mengandungi gelatin babi di pasaran. termasuk juga kapsul gel bagi ubat2an.

      kita perlu cari yang halal. jika tiada, jangan guna yg haram.
      itu obligasi..

      thanks..
      slamat menunaikan ibadah puasa..

      BalasPadam
    2. >> awang jantan:

      terima kasih encik suda jenguk
      saya di sini, sama2 kita hapuskan obligasi :)

      Selamat beribadah ^^,

      BalasPadam
    3. eh,ade tempah kek lapis sarawak tuk raya nie!

      BalasPadam
    4. >> Mesin Taipku:

      huhu..
      kena hati2 :)

      BalasPadam
    5. huh... caner yer nak tau brand maner

      BalasPadam
    6. >> blogtilldrop:

      jenama mentega tu,
      Golden Churn Creamery Butter.

      Boleh lihat:
      Gambar mentega mengandungi DNA babi.

      BalasPadam
    7. uish..bkn men beso bbi ni.haha

      BalasPadam
    8. >> miZz_nizZ:

      hhu, baby babi je nei..

      BalasPadam
    9. wooo...bahaya betul...sape2 yg nak buat kuih raya tu..hati2 la yea..

      BalasPadam
    10. >> .:hana radzi:.:

      ayuh guna planta!
      hehhe~

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728