Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Kajian Profesion yang Paling Dipercayai di Malaysia

    Semasa makan tengah hari di kantin tadi, Encik Tam ada bertanyakan kepada saya tentang profesion yang paling dipercayai di Malaysia. Saya pun ingat-ingat lupa, tapi yang pastinya saya cakap yang doktor merupakan profesion yang paling dipercayai manakala profesion yang paling tidak dipercayai dalam 15 senarai profesion yang dikaji adalah ahli politik. Encik Tam tanya lagi tentang sumbernya, tapi saya betul-betul ingat-ingat lupa tentang itu. Apa yang saya ingat cuma tangga teratas dan tangga yang paling bawah yang pernah saya baca beberapa tahun yang lalu. Oleh sebab Encik Tam tu orang yang saya hormati, saya selongkar akhbar lama atas talian. Alhamdulillah jumpa di laman The Star Online.

    Saya nak tempek juga di sini, alang-alang cari untuk Pak Tam. Tak salah berkongsi, bukan? Kajian ini dilakukan pada 5 tahun yang lalu. Mungkin ada naik turun tahap kepercayaannya. Namun nyatanya, kajian di United Kingdon dan Malaysia tak jauh beza keputusannya.

    Kajian ni dilakukan oleh Business Ethics Institute of Malaysia (BEIM) yang melibatkan responden setempat daripada universiti dan pusat membeli belah. Tertakluk kepada peredaran zaman ya, saya tak pasti tentang kedudukan sekarang. Kalau ada yang tahu, mohon berkongsi sumbernya.

    P/s : Doktor?

    20 ulasan:

    1. Sallam,

      Dimalaysia Dr. dipercayai sebanyak 72% saja sebaliknya 90% di Uk, mengapa Dr. kurang dipercayai???

      BalasPadam
    2. ahli politi la pling xleyh cayer...arini diorg kate 1 + 1 =2...esok diorg bleyh kate plk yg 2 + 1 = 2....ahahaha

      BalasPadam
    3. aku pencacai jek..hakhakhak

      selamat berpuasa :)

      BalasPadam
    4. jenguk sini plak..selamat berpuasa..

      BalasPadam
    5. >> LIPISLADY:

      mngkin sebab bila doktor dikaitkan
      dengan kes mahkamah, ada doktor yg
      putar belit kot.. huhu~

      BalasPadam
    6. >> nuruhuda_329:

      uhhu.. thanks dear ;)

      BalasPadam
    7. >> Mr_17:

      hehe.. klw mcm tu,
      bila da ase kite nei cakap putar alam,
      jangan dok brcita2 nk jd ahli politik.
      huhuu~

      BalasPadam
    8. >> Pencacai Alim:

      pencacai lulusan mane tu?? hehe..
      slamat berpuasa gak ^^,

      BalasPadam
    9. >> Shahazrin:

      selamat berpuasa wak ;)

      BalasPadam
    10. kami bangga, menjadi guru, kerjaya dihormati, tidak jemu menimba ilmu, bakti setulus hati dan budi.. =D

      jom baca ni jap, sekadar berkongsi ilmu ... ilmu tentang puasa

      BalasPadam
    11. salam..
      doktor juga orang percaya kan?
      alahai kesian..hakim pun orang
      tak percaya..???

      BalasPadam
    12. kenapa doctor lebih dipercayai dari teacher ek?

      tapi yg politicians tuh sangat tepat la kot (:

      BalasPadam
    13. Ahli politik paling tidak di percayai di Malaysia sebab kuat belit..

      Selamat berpose penuh SIS hehehhehe...

      BalasPadam
    14. oh...

      baru ila tahu...

      pertama mmg doktor kan..kedua lak cikgu...;-)thanks info.dapat dah ilmu ila harine...

      salam ramadhan...;-)

      BalasPadam
    15. owh hoo..fzan kurang pcaya doktor..maaf ye doktor2:)

      BalasPadam
    16. Terima kasih, satu perkongsian yang berguna...

      BalasPadam
    17. doctor dipercayai oleh sesiapa jua..imagine org boleh buka bahagian sulit utk doc tgk, means dia percaya doctor tak akan dedahkan rahsia dia kepada sesiapa...that'2 why doctor d rank pertama...

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728