Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Malaysia Lawan Myanmar di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV

    Serius, tadi mengalami kebuntuan untuk mengisi sisa masa yang ada di kampung. Lepas solat Zohor ambil kunci kereta, drive ke Kota Bharu. Alone, pemandu import outstation. Nak ke pantai area Bachok, cuaca tak cantik. Tak ada hala tuju. Pusing-pusing KB sampai kepala naik pusing. Nampak orang berduyun di stadium, ada gerai-gerai jualan, singgah. Ingat nak tengok program Ggateh Sihat, tapi ternyata dah salah lokasi.


    Dahaga, beli air kelapa, RM 1.00. Tengok orang jual tiket, baru teringat malam ni ada Perlawanan Persahabatan antara Malaysia dengan Myanmar. Walaupun tanpa Khaurl Fahmi Che Mat, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Mahali Jasuli, Norshahrul Idlan Talaha, dan Mohd Safee Sali, harap Malaysia tetap unggul. All the best malaysia!

    Dalam perjalanan pulang, baru teringat kat owner comel http://www.homemadechoc.com/. Tunggu di Pasaraya Bilal, call dia. 10 minit lepas tu dia datang dengan tart keju. Suka! Thanks akak! ^^,


    Update: Malaysia menang 2-0 hasil sepakan penyudah oleh Amirulhadi Zainal pada minit ke-28 dan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-55.

    P/s: Tuan Pengarah, boleh tak kalau cuti semester ni dipanjangkan lagi?

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728