Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Jangan Buka Kertas Soalan Sehingga Diberitahu

    Tak tahu nak letak tajuk apa, tapi yang pastiny ini cerita beberapa minggu yang lalu, semasa saya  berada dalam musim peperiksaan. Final Exam. Pada 24 Mei 2011, kertas Sintaksis. 

    Panjang rentetan, namun bila disinopsiskan, saya kena tengking, kertas soalan saya dirampas oleh salah seorang daripada pengawas peperiksaan yang saya kira ada masalah emosi secara tiba-tiba. Ya, memang saya degil. Terang-terang tercatat pada helaian depan muka surat tu "JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU", tapi saya pun tak tahu macam mana tangan ni gatal buka soalan awal, mungkin terlalu excited. Ya, itu silap saya.

    Saya belek 1/6 kawasan page akhir. Kemudian saya dengar suara menggegar satu dewan, menengking bak halilintar. Bila saya pusingkan kepala ke kiri, jari telunjuk dia terarah ke muka saya. Dengan muka yang menyinga, dia datang ke arah saya dan merampas kertas soalan. Zapp..!

    Okay, kalau itu yang membuatkan dia puas, silakan. Tapi dia dah buat saya berang, sakit hati, malu, dan sebagainya. Namun lepas beberapa minit peperiksaan bermula, ada pengawas lain yang kembalikan semula kertas soalan saya, alhamdulillah. Terima kasih ustaz. Tapi masa tu tumpuan saya hilang, emosi berkecamuk, rasa apa yang saya belajar dah tak nampak, tertimbun oleh rasa marah yang menggila. Sumpah, saya benci keadaan tu!

    Rasa macam tak setimpal dengan kesalahan saya, tercalar maruah. Rasa rugi tak bawa toyol, rasa rugi tak berbincang dengan kawan belakang depan, rasa rugi tak tiru orang kiri kanan, biar setimpal dengan apa yang saya dapat, kebangangan yang melampau saat terkena macam tu.

    Kalau saya bersalah, bagi saya borang salah laku. Suruh saya keluar daripada dewan peperiksaan dengan profesional jika kesalahan saya tu tak boleh dimaafkan, tolong jangan buat tindakan gila macam tu untuk calon yang seterusnya. Uh, malas nak cakap pasal ni lagi, sakit hati!

    P/s: Jangan buka kertas soalan sehingga diberitahu :)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728