Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    7 Perkara Yang Saya Benci Tentang Politik

    Politik? Kamu jangan cepat melenting, saya hanya utarakan apa yang saya rasa. Masakan saya menolak politik sedangkan ia sebahagian daripada agama, asalnya saya suka politik! Tapi saya akan mulai benci politik bila:-
    • Orang kampung bergaduh sesama sendiri untuk perjuangkan ahli politik pujannya. Eh, kamu sepatutnya menyokong dan perjuangkan kepimpinannya. Pilih berdasarkan mulia dan baik kepimpinannya, bukan atas dasar warna!
    • Ahli politik nak jadi ahli akademik. Buat keputusan tanpa penyelidikan yang meyeluruh seterusnya muncul mata pelajaran baru, kemudian pula pemansuhan, seterusnya membazirkan duit rakyat. Jangan nak tunjuk hebat tak bertempat!
    • Bila wujud kambing hitam.
    • Calon yang bertanding tak melaksanakan tugas selepas menang. Orang-orang kita hanya terlopong mulut memerhatikan si polan calon yang diagung-agungkannya sibuk menyediakan rumahnya persis mahligai!
    • Rakyat terus-terusan tertipu dengan manifesto, mahu tunggu kali ke berapa baharu nak sedar dan serik?
    • Saat pilihanraya, ada usaha menjatuhkan lawan dengan propaganda hina, membuka aib lawan, menyebarkan fitnah dan macam-macam lagi. Eh, sepatutnya kamu berusaha untuk menunjukkan kelebihan dan meyakinkan kebolehan kamu, bukannya guna taktik kotor tu!
    • Datuk nenek, pakcik makcik terpedaya dengan sekilo gula, sehelai kain batik, sekilo minyak masak, seguni beras dan macam-macam lagi. Jangan lupa, tu pun duit kalian juga. Oh, senangnya minda orang-orang kita dibeli!
    "Saya begitu pelik apabila seorang penceramah politik berceramah tentang melaksanakan hukuman zina yang diwajibkan al-Quran iaitu 100 sebatan. Pada masa yang sama dalam ceramahnya dia menuduh si polan dan si polan musuh-musuh politiknya berzina. Dia lupa, atau sengaja buat-buat lupa, al-Quran bukan sahaja menyuruh agar dihukum orang yang berzina, bahkan menyuruh untuk dihukum penuduh orang lain melakukan zina tanpa empat saksi yang adil dengan 80 sebatan seperti disebut dalam ayat 4 Surah al-Nur. Itulah politik ala jahiliyah, apabila berbalah mereka berlebih- lebihan." -Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Mufti Negeri Perlis)

    P/s: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Kalau kita tak mampu nak memaksa mereka untuk berlaku adil, tapi jangan pula kita jahil untuk berlaku adil.

    27 ulasan:

    1. ermm..sy bnci smua psl politik di mlsia ni..hehehe..
      ni kutuk ni tu kutuk tu

      BalasPadam
    2. >> mia.lia:

      huhu sibuk duk mnjatuhkan org, bkan
      sbuk nk mmbngunkan ngara..huhu

      BalasPadam
    3. sy pun xsuka politik..
      serabut..

      BalasPadam
    4. >> zati-zt:

      serabut bila masih di tampuk
      jahiliyah..hmm~

      BalasPadam
    5. permainan politik yang menyebabkan kucar kacir...

      BalasPadam
    6. setuju sis...
      macam2 taktik...
      tahun ni dan masuk 21 la...
      tapi rasenye tak boleh mengundi ag kot...

      BalasPadam
    7. setuju2!! sbb tu la xsuke join politik ni.. amek taw jgax kdg2 tpi cume sbgai panduan tuk pilih pemimpin negara je... sedih tgk ngara ni.. brgaduh ngn saudara sndiri sbb jwatan je :(

      jemput la singgah sini ANASAURUS :)

      BalasPadam
    8. Benci sikit2 saja udah lah politik ni..

      Jika negara mengalami ketidakstabilan politik tentu bermasalah..

      BalasPadam
    9. takot bila fikir psl politik mlaysia.

      BalasPadam
    10. politik...mmmm... xpyh pikir la.. buang masa jer..kn3.. xabis2.. semua nak betul.. huh..

      BalasPadam
    11. betul tu.. jgnlah sebab politik sampai ada yang nak bertumbuk.. teruk betul.. sedarlah..

      BalasPadam
    12. dlm byk2 perkara..sal politik la cik mimie x suke..haishh, x phm dgn sstgh org yg suke politik ni..

      BalasPadam
    13. Saya sokong ahli politik yang memperjuangkan Islam.

      Di serang babi hutan

      BalasPadam
    14. >> mie:
      harap2 prmainan yg bersih..huhu

      >> Mohd Ridhuan:
      hehe slamat mngundi, buatlah pilihan
      yang bijak..! :)

      BalasPadam
    15. >> Farhana Jafri:
      berpolitik tu perlu syg.. xmngundi
      berdosa, klw mngundi salah pn brdosa,
      so kte kne pndailah memilih permata :)

      >> relevan:
      yew bang kesucian dan kstabilan politik
      itu tersangat diperlukan...

      BalasPadam
    16. >> mardhiah ismail (::
      seram.huhuhu~

      >> ajiem:
      betulkan yg biasa, siasakan yg betul,
      hehehhee..

      >> mR.sYaH:
      pnyokong yg huru hara,yang bertading
      kenyang jek..huhu

      BalasPadam
    17. >> Cik Mimie:
      ramai yg hanya memanam tebu, huhuhu..

      >> Miecyber:
      saya pun serupa, hehe..

      BalasPadam
    18. tak tahu la nak cakap pasal politik ni..ermmmm.no komen..

      BalasPadam
    19. politik.. politik.. taktahu nak cakap ape.. kacau bilau

      BalasPadam
    20. >> IMANSHAH:
      betul, harap2 ada yang benar2
      perjuangkannya..

      >> merahitujambu:
      hehe bagus, klw xtw nk komen pe,
      ckap no kome..ngee~

      BalasPadam
    21. semakin matang berpolitik :) politik itu wajib atas setiap muslim kerana Rasulullah merupakan pemimpin Islam pertama negara Islam.

      BalasPadam
    22. salam

      saya benci dgn politik....dan tak minat ambil tahu pasal politik..teruk kan..heheh



      Jom Joint 1st contest syira --Contest 1 : Bila saya mati by sissyira

      BalasPadam
    23. politik tak kotor tapi org yg join politik kotorkannya

      BalasPadam
    24. semua pendapat awak miss yaty setuju..politik negara kita sekarang dah makin kucar kacir..

      dah saling tuduh menuduh dan saling maki memaki..

      sape yang akan merana..rakyat jugak :(

      maniefesto hanya tinggal dalam kertas je..

      BalasPadam
    25. kakD pun kdg2 tak faham dgn politik skg ni...

      BalasPadam
    26. rimas dgn situasi camtu...xckp salah, brckp lg salah.....

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728