Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Mengapa Timbul Masalah Penempatan Guru 2011?


    Jiwa dilanda tempias kerisauan tentang masalah yang melanda guru-guru pelatih IPG yang telah menamatkan pengajian pada tahun 2010 dan masih belum mendapat tempat di sekolah seperti produk IPG yang sebelumnya. Kalau dahulu pelajar Institut Pendidikan Guru diberikan jaminan penempatan, mengapa situasi sekarang mencetuskan kebimbangan atas kelewatan yang berlaku?

    Jika lambakan guru di sekolah punca situasi ini berlaku, mengapa masih berterusan pengambilan KPLI dilakukan, mengapa KPLI masih ditempatkan di sekolah-sekolah, dan mengapa permohonan GSTT masih dibuka sampai sekarang? Bagaimana nasib mereka yang telah bertungkus lumus dalam pengajian profesyen perguruan selama lima tahun setengah?

    Baru enam bulan yang lalu digembar-gemburkan khabar kekurangan guru di media massa, masakan sudah penuh? Meski Sabah sekalipun Sarawak, jiwa seorang bakal guru telah dididik untuk kental mendidik anak bangsa bukan?

    Masalah ekonomi? Masalah kewangan? Mungkin. Tapi apa gunanya lambakan buku teks, cendawan makmal komputer dan popular kemunculan subjek baru jika kita miskin dengan sesuatu yang bergelar insan pendidik.

    Masalah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)? Ini juga satu kemungkinan sebab MQA khabarnya sedang sibuk mengakredit Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang ditawarkan oleh OUM. Tapi rasanya kerja-kerja MQA telah selesai Disember yang lalu, sila rujuk laman MQA.

    Terbaca tentang surat maklum balas di laman Cikgu 24, rasa simpati, mungkinkah lapisan guru pelatih yang lain bakal menghadapi nasib yang serupa? Setakat ini, tiada jaminan penetapan tarikh penempatan dan penempatan guru hanya berlaku sekiranya terdapat kekosongan tempat, opsyen pengajaran dan juga keperluan perkhidmatan. Jadi kena rajin-rajinlah jenguk laman KPM.

    P/s: Ada kaitan tak dengan post saya 15 bulan yang lalu? Kalau berkesempatan sila jenguk post pembekuan penempatan. Saya doakan agar kesulitan ini segera dapat diatasi. Sabar, pasti ada hikmah di sebalik penyembunyian udang.

    18 ulasan:

    1. saya sebgai salah sorang guru pelatih.. agak risau soal mslh nih.. T____T

      BalasPadam
    2. skang nie nak dapat keja punyala susah, kadang2 master pon x jamin dapat jadik lctrr ke x

      BalasPadam
    3. menjadi satu kerisauan if benda nih still berlarutan...
      saya bakal guru yang mengambil jurusan ini selama 5 tahun setengah berharap benda nih segera diselesaikan dan penempatan guru-guru berlaku seperti sebelumnya.

      BalasPadam
    4. teringat kat akak yang mengajar kat pedalaman sarwak..

      BalasPadam
    5. perkara ini amat merisaukan saya.. sekiranya tak dapat penempatan, bagaimana nasib mereka?

      BalasPadam
    6. ermm.... dengar byk jer sekolah kosong..naper kes mcm ni wujud lagi

      BalasPadam
    7. Bismillah. salam alaik..

      sebenarnya semenjak senior saya grad era 2006 lg dh timbul mslh ni.. konon2 nya graduan pendidikan juga x dijamin posting dsb.. Namun adik2 smua jgn bimbang kerana pendidikan ini adalah keperluan kerana penigkatan bil kanak2 yg memasuksi sekolah dan peningkatan penubhan sekolah menyebabkan bilangan guru juga perlu dipertingkatkan..

      dan sehingga sekarang pon guru masih kekurangan esp di Jhr, sabah & sarawak. di negeri2 lain pon sekolah masih memerlukan guru untuk mengisi kekosongan guru di sekolah..

      bagi saya itu adalah hanya provokasi dan mungkin kepncangan dlm pengurusan pihak tertentu.. sehingga adik2 akan terasa terdesak dan akan keluar la kenyataan "ya saya rela ditempatkan dimana2 asalkan dpt posting walaupon pedalaman"..

      so masa nak isi borang posting nnt, adik2 akan isi la satu ruangan "bersetuju untuk dipostingkan di sabah/sarawak/ dipedalaman.. "..

      so andai kata guru2 muda ini dipostingkan di kw tersebut secara "sukarela", maka itu adalah persetujuan..

      tp senario ini mungkin berbeza di masa sekarang setelah 5 tahun.. saya pon tak pasti.. tp yang pasti masih banyak kekurangan guru di sekolah.. proses melengah2kan penempatan guru sebenarnya hanya mengganggu proses p&P di sekolah yg kekurangan guru..

      BalasPadam
    8. masalah guru memang semakin runcing ni...
      hehheee

      BalasPadam
    9. igt guru xde masalah.rupanya..ada eh...

      BalasPadam
    10. saya agak terpanggil untuk mencoretkan sedikit pendapat di sini. memang sebetulnya lepasan ijazah perguruan harus diberi hak untuk ditempatkan di sekolah, berbanding dengan lepasan graduan lain yang mengikuti kursus pengajian lain tetapi beralih untuk menjadi guru (GSTT, KPLI, DPLI dan sebagainya) kerana mungkin telah dipilih untuk meneruskan tugas sebagai guru secara rasminya.
      soalan berkaitan kenapa masih lagi alternatif bidang perguruan dibuka adalah bergantung kepada siapa yang nak menjawab soalan ini, samada lepasan ijazah perguruan (samada dari IPG atau institusi berkaitan) ataupun wakil dari lepasan DPLI,KPLI dan sebagainya, ataupun dari kacamata orang awam dan golongan profesional.
      satu fenomena yang kita tak dapat sangkal adalah, jika sekiranya semua bakal guru atau pendidik yang mengikuti ijazah perguruan sepenuh masa diberikan hak 100% untuk ditempatkan di sekolah-sekolah, sebagai masyarakat awam, mesti akan wujud satu soalan yang lain, adakah, adakah lepasan ijazah perguruan menepati ciri-ciri pengajar (murabbi) yang dikehendaki oleh masyarakat, selaras dengan kehendak kementerian pelajaran. maknanya, perlu juga ada persaingan dari segi yang positif diwujudkan bagi memastikan kualiti guru yang akan mengajar anak bangsa. jadi tidak timbul keraguan atau kerisauan dikalangan lepasan ijazah perguruan berkenaan penempatan sekiranya anda berkeyakinan dan memenuhi kriteria sebagai seorang pendidik. dari apa yang telah dan pernah kita dengar dan ketahui, menjadi seorang pendidik semestinya mempunyai jiwa dan keazaman yang padu, dan juga mempunyai modal insan yang cemerlang sesuai dengan peredaran waktu,kerana cabaran menjadi seorang guru atau pendidik di dekad yang baru ini amat mencabar dan perlu disertai dengan ilmu teknikal dan bukan teknikal.
      sedikit tambahan, isu penempatan mungkin sudah kedengaran sejak berzaman tetapi realitinya, masih lagi sekolah baru dibangunkan, dan juga populasi rakyat malaysia juga samada sedar atau tidak, saban hari meningkat, insyallah, ruang dan peluang ada.
      sekadar pandangan,

      BalasPadam
    11. alahai, walaupun saya ni bukan cikgu atau pun bakal cikgu, sgt simpati atas nasib mereka ni..masalah ni dah terlalu lama berlarutan...harap kerajaan prihatin dgn masalah ni...

      BalasPadam
    12. memang sepatutnya beri laluan kepada lepasan IPG dulu..sebab mmg dilatih untuk profesion perguruan..

      BalasPadam
    13. yup..bnda ni la yang slalu kita takutkan..huhu.
      kita ni sblm masuk dah dijanjikan akan dapat tempat pkrjaan...tapi bila dh brtungkus lumus 5 thn stngah, alih2 mcm ni pulak...
      sape yang tak marah kan...

      BalasPadam
    14. Salam.

      Saya ingin bertaya satu soalan.
      Saya lepasan spm 2010. Jika saya apply untuk maktab perguruan, adakah ia akan mengganggu permohonan saya ke ipta? thanks.

      BalasPadam
    15. Salam.
      Saya inging bertanya satu soalan.

      Saya lepasan spm 2010. Jika saya ingin apply maktab perguruan, adakah ia akan mengganggu permohonan saya ke IPTA?

      BalasPadam
    16. >> j i n:

      salam kmbali jin..
      xde msalah, prmhonan ke ipg
      xmnutup pntu mane2 prmohonan lain
      stakat nei..

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728