Allah Lebih Sayangkan NURUL IMAN AB ALIM

Petang tadi saya dikejutkan dengan perkhabaran tentang seorang junior saya semasa di SMKA Agama Melor yang telah pulang ke rahmatullah. Nurul Iman, seindah namanya, almarhumah merupakan seorang sahabat yang jarang menuturkan kata dan sangat pemurah dengan senyuman.
Hati ini tersentap dengan berita pemergiannya menyambut seruan Ilahi di wilayah tempat pengajian perubatannya, Iskandariah pada jam 9.30 pagi waktu di sana. Saya kemudiannya menguhubungi Nik Azfar Azirah, seorang lagi junior saya yang juga menyambung pelajaran di Mesir, di wilayah Kaherah untuk mendapatkan kepastian.
Iman dikhabarkan meninggal dunia akibat keracunan gas Karbon Monoksida berpunca daripada kebocoran alat pemanas air di kediamannya. Saya masih terkejut dengan apa yang terjadi namun inilah kenyataan yang harus diterima, Allah lebih sayangkannya. Salam Takziah daripada saya untuk Ustaz Alim sekeluarga..
Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi dan semoga Allah menempatkan insan yang kita cintai ini dalam kalangan orang-orang yang beriman. Sama-sama kita sedekahkan bacaan Umulkitab, Al-fatihah..
P/s: Karbon Monoksida (gas yang tak mempunyai bau dan warna) yang mengandungi kepekatan yang tinggi mampu membunuh dalam masa beberapa saat sahaja tanpa sempat menjerit atau meminta pertolongan, apatah lagi berlari untuk menyelamatkan diri.
Updated:
Berita tentang pemergian Allahyarhamah:
- Laman Berita Harian: Pelajar Perubatan Malaysia Meninggal Dunia di Mesir.
- Laman PMRAM: Takziah kepada Keluarga Allayarhumah Nurul Iman bt Ab Alim.
Allahyarhamah Nurul Iman telah Selamat dikebumikan jam 9.20 malam waktu tempatan pada 18 Januari 2011 di Tanah Perkuburan Kaledang, Hayyu Asyir, Keherah, Mesir.
al-fatihah utk dy .. :)
BalasPadamallah lebih sygkan dy kan ?
>> cik Ladies:
BalasPadamhmm.. sdih, dia pegi awal..
(!_!)
ehm ..
BalasPadamtabah kan diri ye .. :)
Al-Fatihah . Moga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman . InsyaAllah
BalasPadamAl Fatihah...
BalasPadam35 penuntut Uitm cedera bas terbabas ke dalam longkang
salam takziah
BalasPadamal Fatihah....
subhanallah.. ajal dan maut tak kira siapa. sebab meninggal pun mcm tak terlintas dek akal sendiri. subhanllah. kuasa allah. semogo rohnya tenang disana. :) amin.
BalasPadamsama2 sdekahkan al-fatihah..
BalasPadaminnalillah..dyu..kejut lgi ni..teringat mase2 kt smkam dulu..2thn duk sedorm dgn iman..smoga aman disana..al-fatihah~
BalasPadam>> ~Al-FakHiR ilaLLaH~:
BalasPadamserupo la dyb.. kawe kejut molek,
cptny die g, xsmpat nk jupo reunion
blan 6 nei.. :(
semalam boyfie anat kol. dia ckap ada senior dia meninggal. trus anat teringat ttg ash dlm entry nih. trus anat tanya.. nurul iman ka.. dia ckp ye.. alhamdulillah.. malam eklmarin.. pihak pelajar dari malaysia adakan majlis tahlil and bacaan yassin pada beliau :)
BalasPadamtakziah yek... sorry lewat cket bce.
BalasPadamamin utk sgale doa yg dibacakan kat entry ni utk Allahyarhamah. simpati dgn famili n kawan2 tdekat. sabar ye...
>> ANATI SOKI:
BalasPadamboyfie ad kt sne gak ea?.. sdih ngat
nat.. ase cam trlalu cpat sume nei brlaku..
>> Mikah Lurima:
thanks fwenz..
Al fatihah untuk beliau..huhu
BalasPadammoga rohnya dicucuri rahmat...
Newbies Susahkan Blogger Senior?
>> Mr. TN_SkY:
BalasPadamameen.. thanks dear..