Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Terhantuk tapi Tak Terngadah: Hebatnya Penyangak!


    Pujangga pernah berkata sudah terhantuk baru nak terngadah. Kalau macam tu rasanya lebih elok dari pada sudah terhantuk dan dihantuk sampai hancur tempurung kepala pun masih tak terngadah-ngadah. Apa masalahnya?


    Sakit hati saya melihat keadaan 72 hektar tanah rizab perkuburan islam di Bukit Enggang Hulu Langat telah musnah teruk angkara penyangak pasir. Habis bukit digondol dan tanahnya telah membentuk kawah sedalam 24 meter untuk mendapatkan pasir secara haram. Nak tunggu keadaan pulih macam biasa? Tunggu dapat cicit dulu, mungkin.

    Kalau saya cakap lebih nanti silap-silap haribulan, boleh masuk ISA. Kalau penyangak tu dah berjoli berjuta-juta ringgit dengan hasil jualan pasir yang disamun dengan memperkosa hak bersama rakyat tu apa pula hukumannya?? Setakat denda 50 000 alahai boleh jadi sebesar tahi hidung bagi mereka!

    Berita Harian, Harian Metro dan sekutu-sekutunya jangan duk sibuk nak tayang artis-artis yang bercerai berai tu, cuba tempek sikit gambar dalang pengkhianat ni! Biar orang kenal sikit lanun darat ni. Sita lori angkut tanah sana sini, sita jentera itu dan ini, cuba sita aset dalang keparat tu!

    Eh, memang sakit hati! Kalau kes-kes macam ni contohnya curi pasir atau pembalakan haram, bila dah berpuluh-puluh hektar dah rosak baru nak sedar, tak pantau atau macam mana?! Dah pantau tapi mereka buat balik? Kalau dah terang mereka tonggeng punggung terhadap tindakan kita, tu mungkin perlu dikaji hukuman dan denda yang sedia ada tu.

    P/s: Memang cerdik la engkau penyangak. Aku ni yang kurang cerdik sebab tak belajar besungguh-sungguh untuk jadi Perdana Menteri.

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728