Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Kes Sakineh dihukum Rejam Sampai Mati

    Kisah yang seingat saya hangat diperkatakan sejak saya dibangku sekolah lagi. Tentang Sakineh Mohammedi Ashtiani yang dikenakan hukuman rejam sampai mati atas kesalahan berzina. Bukan itu sahaja, wanita ini juga telah membantu seorang lelaki yang dikenali sebagai Isa Taheriuntuk membunuh suaminya sendiri, sememangnya kejam.

    Ramai yang panas punggung bangun membantah keputusan penghakiman Iran itu terutamanya negara-negara Barat. Eh Barat, kalian sepatutnya lebih peka dalam membantu kekejaman Israel ke atas orang-orang palestine yang tak bersalah tu!

    Pada saya, jika sah pertuduhan tersebut dengan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti mempunyai saksi yang adil dan sebagainya dan memang Puan Sakineh didapati bersalah, pedulikan semua suara musuh-musuh laknatullah itu, ayuh laksanakan apa yang sepatutnya.

    Mengapa nak diturutkan Barat tu, apa dalam kehidupan mereka ada istilah zina? Pencipta kita sudah menyatakan segalanya tentang hukuman zina iaitu rejam sampai mati bagi mereka yang sudah berkahwin dan bagi mereka yang belum berkahwin dikenakan sebatan sebanyak 100 kali. Allah melarang kita untuk merasa simpati dalam menegakkan hukumNya.

    Seandainya hukum Pencipta Manusia ini dilaksanakan di Malaysia sejak dulu, rasanya negara tidak perlu banyak berbelanja menaja sana sini terutamanya pembinaan Sekolah Harapan untuk menempatkan pelajar yang hamil di luar nikah itu! Hukum ini cukup memberi pengajaran bila berlaku di depan mata. Bukan penganiayaan, tapi penghapus dosa!

    P/s: Tidak halal darah seorang muslim sekiranya murtad, berzina dan membunuh! Siapa kita untuk menentang hukum Dia sedang kita hanya si kerdil yang datang daripadaNya?

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728