Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Hutang Mesti dituntut Walau Tak dibayar


    Tajuk tu terbalik ya? Okay sila balikannya semula. Terlintas nak tulis pasal hutang bila ternampak status kawan di laman facebook tentang kewujudan manusia yang susah sangat nak langsaikan hutang. Tambahan pula ada teman rapat saya mengalami masalah orang tak nak bayar hutang walau dah bertahun pinjam.

    Manusia ni sedia maklumlah banyak jenis kan. Masa nak berhutang tu buat muka 5 sen, mulut banyak punya manis, janji akan bayar dalam tempoh-tempoh tertentu, reka habis semua cerita-cerita yang mengait simpati, puji puja kita bagai ratu, macam-macam lah!

    Tapi bila tiba masanya nak bayar, melarikan diri pula. Nak kata tak berkemampuan, macam tak logik. Lagi-lagi kalau setiap bulan terima elaun atau gaji. Orang call, haram dia nak jawab. Kalau hantar SMS, memang jangan haraplah dia balas. Bila jumpa, dia buat muka comel tak bersalah pula. Macam mana si pemiutang ni tak hangin?

    kalau tu, mungkin okay lagi. Tapi bila dah tiba part dia mengamuk bila orang minta bayar hutang, memang tak boleh tahan bangang la dia tu. Siap tengking-tengking sampai nak luruh jantung si pemiutang. Tak cukup dengan tu, dia bagi pakej maki hamun plus mencarut pula! Ya Tuhan tabahkanlah hati si pemiutang itu...

    Hutang tak bayar, tapi hujung minggu shopping bagai! Siap beli hadiah pastu belanja buah hati macam-macam. Mana si pemiutang tak sakit hati der! Seronok ya tak bayar hutang ni? Senang hati? Lain kali kalau dah tahu susah nak bayar hutang, jangan berhutang okay. Tolong!

    P/s: Patutlah Ah Long tu kejam.

    29 ulasan:

    1. berhutang bayar, bayar tak pandai..

      ermm..sama dengan habis madu sepah dibuang tak? :)

      BalasPadam
    2. pernah jumpa orang yang liat nak bayar hutang. Huhu~

      BalasPadam
    3. >> student:

      langsung xsme~
      hutang msti dibyar spt pjnjian,
      xde kaitan ngan madu sepah bsepah tu.

      BalasPadam
    4. >> miss Fyqa:

      liat cam dgg ayam pencen :)

      BalasPadam
    5. sdg alami jugak k.ayu...
      skit ati ase,,
      ngt kite ni byk duit ke...
      huh! teremo pulak...

      btw, if u like my blog,
      vote me for 2nd round BPM..
      click on my swift at the sidebar..

      BalasPadam
    6. >> Diya Edhayaa:

      okay cayunk t owg p undi..
      klw kte jutawan yg byak lebihan wang
      tu ok gak kan..heee~

      BalasPadam
    7. erm..lulu pon tgh grm sgt2 ni...
      org utang lulu banyak la gak..nk dkt 2k lak tu!
      yang geramnye blh pulak wat bodo je...
      x rase serba salah ke ek?geram2...dulu nak pinjam kemain manis lagi mulut..
      cakap nnt ada duit dia byr..
      tp bile dah ada duit blh pulak berjoli sana sini!

      BalasPadam
    8. erm..lulu pon tgh grm sgt2 ni...
      org utang lulu banyak la gak..nk dkt 2k lak tu!
      yang geramnye blh pulak wat bodo je...
      x rase serba salah ke ek?geram2...dulu nak pinjam kemain manis lagi mulut..
      cakap nnt ada duit dia byr..
      tp bile dah ada duit blh pulak berjoli sana sini!

      BalasPadam
    9. >> ♥ LULU ♥ :

      mak aik bnyak tu yunk.. eh teruk
      betul die tu.. t naik sem jom kite
      p curi laptop die ke hnset die ke,
      pahtu kte p jual.. klw de duit lbih,
      kite kc blik kt die.. gram. haish!

      BalasPadam
    10. malu nak mintak hutang..terutama owg yg rapat...ahaksss.;d

      BalasPadam
    11. >> rieyana ynn:

      ngeeee~ gtu lak ea? klw kwn baik tu
      meby die lupe or xde duit ag nk byar
      kot.. ^^,

      BalasPadam
    12. hehehehehehe tetiba daku terasa bile baca N3 ni....seseape yang hutang ngan daku silala bayar sebab daku juga berhutang ngan orang hehehe..

      BalasPadam
    13. >> HaNTwO:

      cean kt pokcik.. sabar deh, doa2 ket
      kc die tbkak ati nk byar utang ^^,

      BalasPadam
    14. oh kes ni dekat sangat dengan aku..kira-kira dah beriban dah orang tak bayaq...pastu wat muka tak malu depan aku..cett

      BalasPadam
    15. kadang2 org yg berutang nih.. bajet cm kayo giler.. padahl duit hutang je.. adoooih

      BalasPadam
    16. biar mintak sedekah dari berhutang..... sedekah takyah pulang balek.

      BalasPadam
    17. eh,salah tu..saya pernah baca dalam buku agama,biar berhutang daripada minta sedekah..
      sebab kalau berhutang org akan ada usaha nak byr balik berbnding mina sedekah..seboleh2nya jgn minta sedekah..kalo org yg hulur xpela..
      btw agak panas gak ngan org berhutang yg liat nak bayar ni..nak mintak kang dia kata berkira lak..adoih..

      BalasPadam
    18. >> a'im:

      adeh boley skit jiwe gtu..huhu

      BalasPadam
    19. >> Mohamadazhan hjDesa:

      mulut ja la yg mnis, ase nk lmpang
      jek laju2..huh!

      BalasPadam
    20. >> ANATI SOKI:

      klu htang tu byar, xpe..
      nei da htang die wt kte cam msuh lak..
      adeh!

      BalasPadam
    21. >> al-mankaraqi:

      klw btul2 xbkmmpuan bwu ley mtak
      sdkah, nei siap wt joli aih, xbley..
      heee~

      BalasPadam
    22. >>~hAKim ZaiLAn~:

      yewp ur right..
      stuju..! ^^

      BalasPadam
    23. ada skali tuh.. member anat.. hutang anat rm300... boleh die wat dunnoe je. anat nk mintak.. segan la plak nk mintak. kng org kta anat gila duit plak. last skali ant tunggu je la.. smpai skunk tak bayo lg

      BalasPadam
    24. >> ANATI SOKI:

      adeh byak gak tu nat.. ley beli
      sbiji hP da, huu meby die lupe
      kot..adess~

      BalasPadam
    25. Kalau tak tolong kesian, kalau dah tolong kita pulak yang susah. Bila nak pinjam berjanji bukan main, time nak bayar ada saja alasan..tolonglah berhenti buat tabiat yang tak elok macam ni..lepas ni dah serik nak tolong pinjamkan, sendiri mau ingatlah!! Kalau terlepas di dunia, di sana belum tentu lagi.

      BalasPadam
    26. Kalau tak tolong kesian, kalau dah tolong kita pulak yang susah. Bila nak pinjam berjanji bukan main, time nak bayar ada saja alasan..tolonglah berhenti buat tabiat yang tak elok macam ni..lepas ni dah serik nak tolong pinjamkan, sendiri mau ingatlah!! Kalau terlepas di dunia, di sana belum tentu lagi.

      BalasPadam
    27. Kalau tak tolong kesian, kalau dah tolong kita pulak yang susah. Bila nak pinjam berjanji bukan main, time nak bayar ada saja alasan..tolonglah berhenti buat tabiat yang tak elok macam ni..lepas ni dah serik nak tolong pinjamkan, sendiri mau ingatlah!! Kalau terlepas di dunia, di sana belum tentu lagi.

      BalasPadam
    28. >> Finas Bussiness:

      tu la,
      bagai melepaskan anjing trsepit~
      hhuhuhu~

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728