Gay Melayu: "Saya Gay, Saya Ok"

Baru sahaja semalam saya ada terbaca di blog rakan blogger di laman gengblogger, hari ni pula berita tersebut dah masuk Berita Harian. Segalanya tentang satu video di laman Youtube yang memaparkan Azwan Ismail yang membuat pengakuan dan luahan perasaan tentang kehidupannya sebagai seorang gay.

Azwan ismail ni bukan calang-calang orang dik, tapi jurutera tu! Jurutera ni memang suka buat benda-benda yang mencabar ya? Kalau ya pun nak popular atau nak promosikan sesuatu pun bang, pilih-pilih la. Nak kata tak cerdik, dah belajar sampai boleh jadi jurutera tu.

Oh sayang seribu kali sayang. Gadis-gadis comel kalau nak mengorat jurutera, cari yang lain okay, abang kita yang ni tak pandang pun kita ni. Oh, tidak!

Dan akhirnya dapat memberikan keyakinan kepada kita untuk menempuhi hari-hari yang akan datang sebagai seorang gay yang lebih tabah,” Wah, machonya ayat you bang!

P/s: Ni bukan Azwan Ali, tapi Azwan Ismail ya.