Gangguan Seksual menanti Pemain Malaysia

Aduhai lucu dengan reksi rakyat Indonesia. Macam-macam alasan timbul sekali gus menonjolkan hakikat bahawa mereka tak mahu terima hakikat kekalahan dalam perlawanan final pertama Piala AFF Suzuki. Terbarunya kes Julia Perez yang berikrar ingin mengganggu tumpuan pemain malaysia dengan memakai pakaian seksi yang mendedahkan payudaranya. Aduhai mentaliti mereka! Rasa mahu gelak guling-guling.

Saya tak tahu dari ceruk mana datangnya Julia Perez ni, pagi tadi baru pertama kali saya terbaca mengenainya di coretan akhbar Harian Metro dan Berita Harian Online . Nak cari gambar dia tu pun bukan main susah, tu mungkin yang paling sopan. Bukan apa, bimbang blog ni dicop sebagai blog porn pula.

Kononnya nak membalas dendam, Julia Perez ni berjanji nak kacau pemain Malaysia dengan aksi pakaian yang mencolok mata. Eh, kenapa kamu tak telanjang keliling padang je? Mungkin itu lagi berhasil untuk memporak-perandakan tumpuan insan bernama lelaki? Sekadar bertanya ya wahai Julia Perez jelita. Entah-entah stadium sunyi gara-gara penyokong Indonesia hilang tumpuan nak sorak perlawanan. Kenapa? kerana ghairah melihat kamu. Oh, kasihan kamu!

Nak pancarkan laser dari coli? Kenapa tak sangkut pelita? Lagi cun kan? tak pun tutup sahaja lampu stadium tu? Eh kamu ni memalukan kaun sejenis betullah! Pening dengan rakyat Indonesia ni.

P/s: All the best Malaysia dalam menghadapi pelbagai dugaan. Meski menang atau sebaliknya, kami tetap menyokong kalian.