Header Ads

ad728
  • Breaking News

    Eksploitasi Gadis-gadis Comel?

    Memaparkan kisah laman gadiscomel.com ni bukan niat saya nak tolong promote laman tu, tapi nak suruh kamu jenguk-jenguk, mungkin ada gambar kamu atau rakan yang kamu kenal dalam tu. Laman tu bukan sahaja memaparkan gambar-gambar gadis bertudung tapi tak bertudung pun ada, dan jangan terkejut jika ada yang tak pakai apa-apa (saya tak pasti)!

    Biasalah, pagi-pagi buat senaman dengan berjalan-jalan di blog rakan-rakan, bila sampai di blog Izamir Ridzwan barulah saya tahu tentang kewujudan website ni. Melalui penggunaan tapak di wordpress, laman ni memuatkan gambar-gambar gadis yang saya rasa tak kira kaum, asalkan nampak comel di mata pengasas laman tersebut.

    Oleh kerana saya hanya lihat paparan utamanya sahaja sebab laman tersebut agak berat dengan kemampuan GPRS saya maka tidak mampulah saya mengulas lanjut tentangnya. Eksploitasi gadis-gadis comel? Itu soalan yang kalian harus jawab sendiri. Baik itu jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

    P/s: Gadis comel: anugerah terindah ciptaan Tuhan. Lebih indah kalau bertudung.

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728