Cara 'Delete' 'Fan Page' di 'Facebook'


Sepetang penat untuk buat fan page kat sebelah ni. Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah klik Like ya sayang. Bukan penat nak letak gadjet kat sebelah ni, tapi penat time create page tu. Entah macam mana jadi sampai 3 pula page ahsfantasy24.com ni. So, tadi saya pening nak delete yang lagi 2 page tu la.


Kalau ada orang paste link entry blog dia kat fan page tu, confirm saya akan melawat dan tinggalkan jejak. Tak percaya? Cubalah! Kalau ada yang punya nasib yang sama, saya letakkan kat sini cara-cara nak delete fan page di facebook anda. Juga untuk rujukan masa hadapan:
  1. Log in akaun Facebook anda;
  2. Klik paparan 'fan page' yang anda ingin delete;
  3. Klik 'Edit Page' di sidebar kiri di bawah gambar fan page;
  4. Pilih 'permanently delete page'.


P/s: Belajar daripada pengalaman. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak delete fan page, memang kena buat yang lain.