Bila Masuk Kedai, Dia Buat Kita Macam Penjenayah

Teramat tak selesa, terkadang menyampah! Masuk kedai hadiah lepas tu pekerja kedai asyik ikut setiap tapak dan langkah kaki kita, nak tengok-tengok barang pun tak senang, patutlah tak ramai yang masuk kedai tu. Bajet semua orang yang masuk tu ada niat nak mencuri ya? Eh, Hello!

Tak pelik sangat la bila pembantu kedai asyik memerhatikan kita bila kita masuk kedai tu, mungkin tu arahan pemilik kedai, tak pun memang pekerja tu jenis yang gedik mengada-ngada. Tapi sila agak-agak la sikit ya, kamu dah buat saya tak selesa dengan beraksi macam mayat masam mencuka bergerak tu. Kamu juga dah buat saya tawaf tujuh kali dalam kedai tu dan keluar semula tanpa membeli apa-apa sambil buat muka tak tahu. Oh, Sorry!

P/s: Kalau mengalami situasi yang sama, kalau nak jaga kesopanan, sila cakap baik-baik kat dia, "Tak mengapa kak, nanti kalau saya perlukan apa-apa bantuan, saya panggil akak okay..."