Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Berpindah ke www.ahsfantasy24.com, Bagaimana?

    Hari ini merupakan hari keempat blog kesayangan saya ni bertukar alamat (domain) daripada Http://tentangsesuatu-ahsfantasy24.blogspot.com/ kepada http://www.ahsfantasy24.com/. Kenapa harus bertukar? Saya kira kelebihan menggunakan domain sendiri atau berbayar ini akan memudahkan komunikasi, lebih senang diingati oleh teman-teman, lebih ringkas.

    Bayangkan bagaimana penatnya lidah saya untuk menyebut domain saya yang terdahulu jika dibandingkan dengan yang terkini. Sebutannya bahkan lagi memudahkan. Ayuh kita lihat pula hasil pencarian ahsfantasy24 dalam gambar di atas, http://www.ahsfantasy24.com/ yang berusia 4 hari sedang bangun untuk menjatuhkan tangga pertama Http://tentangsesuatu-ahsfantasy24.blogspot.com/ yang telah berusia 1 tahun 8 bulan. Bagi blogger muda, fikirkan tentang domain terlebih awal ya.

    Ada rakan-rakan bertanyakan tentang domain baru ini, macammana/ bagaimana untuk memiliki atau mendapatkan domain sendiri, berapa harga yang perlu dibayar, dan sebagainya. Saya jawab setakat yang mampu ya kerana saya masih anak kecil dalam memiliki domain sendiri.

    Domain tersebut boleh di dapati di mana-mana jaringan yang menjual domain, bukan di kedai jual basikal atau pasar jual ikan, tapi jaringan yang menjual domain seperti NetKL. Kalau menggunakan [.com] harganya sekitar RM32. Terdapat juga [.net], [.org], [.biz], [.info] dan sebagainya. Bila dah beli domain yang kita nak melalui perbankan atas talian, kemudian pasangkanlah domain tersebut pada blog kita.. ^^,

    P/s: Terima kasih kepada En. Student kerana banyak membantu dalam proses menukarkan domain ni.

    16 ulasan:

    1. wah!!! dah pakai domain sendiri..
      sy x pakai lagi..
      tahniah2

      BalasPadam
    2. >> syazwan safwan:

      hehhee teringin, alhamdulillah
      da trtunai ^^,

      BalasPadam
    3. owh macam tu.. zara baru tahu sal domain2 ni. penah dgr cmtu jek.. huhu

      BalasPadam
    4. anat actually tingin gak nk buat cmni.. tapi takot tak jadi .. heheheheh

      BalasPadam
    5. wah..dh pakai domain sndiri...thniah2
      best x? ada pape perbezaan?

      BalasPadam
    6. >> Diya Edhayaa:
      welcome cyg :D

      >> Zara Affendi:
      hehe die akn tkarkan sume domain lame
      kpd domain baru ^^,

      BalasPadam
    7. >> ANATI SOKI:
      hehe.. insyaallah jadi ny.. juz tuka
      alamat lame kt seting tu gntikn dgn
      domain baru :)

      BalasPadam
    8. >> ♥ LULU ♥:

      sje nk pnuhkan keinginan hati, hehe~
      dr segi SEO, xde beza yunk sbb die akn
      sme2 brsaing dgn domain free~

      ^^,

      BalasPadam
    9. wah..
      ~sy pun ade gak b'niat nk tuka..
      tp tunggu la..
      hati belum tebuka btol2 lagi nak tuka..
      :D

      BalasPadam
    10. >> zati-zt:

      hehe slamat brtkar nnt ^^,

      BalasPadam
    11. Ryu,
      domain ahsfantasy24.com dah berada di tangga lg tinggi dpd domain lama (blogspot)kat SEO.. Tahniah diucapkan.. ^^,

      P/s: Awak dah ubah coding pada Meta tag lom? pas ubah tu akan wat blog kamu lebih mesra SEO tau!! :)

      BalasPadam
    12. Ryu,
      domain ahsfantasy24.com dah berada di tangga lg tinggi dpd domain lama (blogspot)kat SEO.. Tahniah diucapkan.. ^^,

      P/s: Awak dah ubah coding pada Meta tag lom? pas ubah tu akan wat blog kamu lebih mesra SEO tau!! :)

      BalasPadam
    13. >> student:

      bru nk study psal tu lom wt pape ag,
      insyaallah nnt klw dew klapngan..

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728