Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Juara Piala Malaysia 2010

    Kelantan menentang Negeri Sembilan. 2-3 hari kebelakangan ni saya disajikan dengan rasa yang mendebarkan. Namun berkat doa Tok Guru, rakyat Kelantan, penyokong-penyokong setia serta kesungguhan pemain-pemain, alhamdulillah Juara Piala Malaysia 2010 menjadi milik Kelantan sekaligus melenyapkan musim kemarau selama 55 tahun.

    Sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah yang mewakili Negeri Sembilan seterusnya meletakkan kedudukan 0-1 pada minit ke-13 amat membimbangkan. Namun atas tiket kepercayaan, saya teruskan menonton perlawanan hingga ke masa penamat.

    Alhamdulillah, pada minit ke-56 Kelantan bangkit menyamakan kedudukan dengan jaringan tandukan oleh Hairuddin Omar membuatkan kedududukan terikat 1-1. Situasi yang pastinya melegakan seluruh penyokong Kelantan. Perlawanan seterusnya diserikan gol Kelantan yang kedua yang dihasilkan oleh Mohd Badri Mohd Radzi pada minit yang ke-65 menjadikan kedudukan gol 2-1 dan jaringan ini kekal hingga ke detik penamat. Tahniah untuk semua...

    Bilik Tayangan Kolej Kediaman Anggerik bagai nak runtuh digegarkan suara dan tepukan oleh puteri-puteri penyokong Kelantan, penuh bersemangat. Oh, saya pun semangat juga!

    P/s: Entah sejak bila saya jadi minat bola sepak, saya pun tak tahu..



    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728