Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Sayang Tak ditakdirkan Bersama

    Kalau dulu dia sayang awak sangat-sangat dan awak pun sayang dia sangat-sangat... tapi atas alasan suratan takdir tak menyebelahi kalian then awak dan dia terpaksa berpisah kerana suatu ketentuan yang lain... selepas kalian terpaksa melangkah pergi walaupun dalam hati, sama-sama tak merelakan... boleh ker awak lupakan dia buat selama-lamanya? Yakinkah awak bahawa takkan ada satupun hal yang akan mengingatkan awak tentang dia? Walaupun dia yang terindah pernah awak miliki?!!

    Dalam saat awak sendiri tak tahu kenapa mesti begitu, jua awak bingung di mana silapnya langkah awak dan dia, tanpa duka dan sengketa tapi sekelip mata awak dan dia terpaksa mengucapkan "selamat tinggal"... tegakah hati awak untuk dunia yang lain tanpa menoleh bertanyakan khabar tentang orang yang pernah awak sayang??? Berfikirlah sejenak tentang dia, apa awak sanggup morosakkan hati yang setia? Ego awak semakin menggila!

    P/s: Hey, CINTA bukan sekadar bermain kata!
    *untuk awak yang telah menyakiti dia dan berlagak seperti tiada apa*

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728