Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Rahsia di Depan Mata

    Bukan rantaian bersiri, namun rasa itu kembali lagi, berlegar-legar terusan menari. jika jalan itu sentiasa bertaburan duri, mampukah aku untuk sentiasa cuba berdiri? biarpun serasanya aku harus tega menghalusi, namun rebah itu menghantui diri, perit sakit sendiri yang harus dilalui...

    Terang dalam gelita, bukan seperti yang terbiasa. Dalam menyulam cinta, rupanya ada cerita. Mengapa aku ini tidak diberita? Hm.. barangkali kamu lebih bahagia melihat aku berduka daripada sengketa seketika... atau mungkin jua kamu nantikan saat mereka berkata, lantas membuatkan aku lebih terluka... atau bagaimana?

    Bisikkanlah satu kata, moga aku bersedia saat mereka bercanda mengundang tawa. mengapa mesti seolah-olah rahsia dan tiada apa, sedangkan ia nyata di depan di mata?!

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728