Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Air Mata Bergenang

    28 Jun hingga 2 Julai 2010 - Institut menerima 283 orang guru pelatih baru. Kerja yang tak asing lagi buat saya; iaitu jadi Urusetia bahagian name tag AJK, banner, dan buku program merangkap fasilitator bagi unit KPLI Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT). Mula-mula sememangnya terkejut, kenapa mesti saya jadi fasilitator untuk unit ini? Dah la unit ni 12 lelaki, 2 perempuan, Seganlah! :P

    Hmm... tu tak menjadi masalah, sebab En. Asri sentiasa menjadi teman sepanjang LDK.. Terima kasih sangat-sangat ya encik!! (>_<) bukan senang nak bagi arahan sebab mereka lebih berusia, lebih matang, lebih banyak pengalaman, terasa diri ni kerdil sangat... yang membuatkan situasi lagi best, mereka sangat sporting!

    Sepanjang MPPB semua okay, cuma minggu tu banyak buat saya mengalirkan air mata setiap kali menyaksikan situasi nada suara melonjak tinggi. kenapa? sebab saya takut+sebak+sedih bila dengar orang lelaki cakap menengking-nengking walaupun saya tahu itu hanyalah gimik semata-mata. Bila dengar guru-guru pelatih kena tengking, mata mula bergenang.. huk3! Sorry, out of control... Mungkin sebab semenjak kecil Abah tak pernah meninggikan suara, mungkin!

    *Nangis*
    Afyqah, "wei, ko nie nape?"
    Saya, "aku sedih.."
    Afyqah, "hahahahaa..."

    P/s : Boleh pula dia tergelak tengok saya nangis.. ces~ baik punya kawan, huhu.. :P

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728