Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Saya Demam


    Minggu yang kritikal dah berakhir. Bukan kerana apa-apa, cuma kerna kesihatan yang kurang mengizinkan. DEMAM saat banyak hal yang perlu saya selesaikan. Demam itu mungkin lebih ranum jika diatur bersama batuk dan selsema barangkali, inilah ujian yang saya terima. Alhamdulillah Dia masih menyayangiku.

    Syukur kepada Ilahi kerna masih memberikan saya nikmat sihat ini. Tidak mahu saya coretkan selebarnya tentang demam itu, cuma di lembaran ini saya mengambil peluang untuk mengalungkan seinfiniti ucapan terima kasih buat:
    • Keluarga tercinta kerna tidak putus bertanya khabar dan menyuntik semangat agar diri ini kuat dan segera pulih;
    • Cieda kerna tak jemu dengan tuala basah dan baldi kecil untuk merendahkan suhu badan budak yang takut nak ke Hospital;
    • Tiqz, sebab dah banyak habiskan duit belikan saya sup, ubat-ubat, strepsils, dan air penyejuk.. terima kasih juga kepada pemandunya;
    • Kekwa sebab sampai mencederakan diri sendiri untuk masakkan saya bubur, (saya tak ada selera untuk menjamah makanan lain saat itu);
    • Shaba + Jee sebab bagi ubat lagi.. titud.. rakan-rakan yang lain, insan-insan yang menghubungi; bertanya khabar dan membakar semangat.
    Terima kasih untuk semua. Jazakallahukaira.

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728