Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Niatmu Sucimu Dikhianati? Bersabarlah...


    Bukan bibitan rasa mengundang gelisah, cuma terkadang muncul jua rasa resah. aku bukan kesatria yang mampu menghalangi apa jua yang tertimpa tatkala hatimu sakit dipaut luka. aku mengerti meski aku tak pernah cuba untuk memancing sebuah pengertian. Segalanya hanya kerna aku mengerti erti titisan yang pernah kamu cuba pertahankan melalui jiwa yang menjiwai tanpa aku sedari.

    • Aku tahu, kamu mungkin terluka namun langkah ini terkadang tak mampu menghapuskan rasa tatkala kamu dihambat duka. Mohon jua dari laman nuraniku yang terkilan agar dimaafkan semuanya saat tidak ku mampu melakukan apa, membuatkan keadaan reda, jua memulangkan situasi yang sedia... bukan bermuka-muka atau cuba menderhaka, namun segalanya nyata; aku bukan pencipta...
    • Usah biarkan hatimu dirundung rasa bersalah kerna kamu telah melakukan yang sewajarnya di mataku. ini bukan arena kebimbangan, kerna seharusnya kamu tenang; kamu telah mencuba sedayanya.
    Aku mengerti, kamu sedang sakit mempertahankan sesuatu yang menyakiti... Lantas mengertilah teman, sabar itu adalah yang terindah untuk kamu miliki saat ini...

    5 ulasan:

    1. kerna apa ni? kerna dia? erm..xde yg istimewa slain Allah..ingat ni :)

      sabar k..

      BalasPadam
    2. Fir:
      thanxs..
      tp ase sdey bile kwn mcm dikhianati..

      trust it,
      innallahama'na..=)

      nazz:
      teman2 yg sntiasa brmain d'mata.. ;-)

      BalasPadam
    3. salam wbt, salam ziarah, nice blog, sila la surf blog sy d http://elaksamana.blogspot.com n jadilah follower utk kite same2 share info2 mnarik, have a nice day, wslm

      BalasPadam
    4. salam kmbali..
      insyaallah akn bknjung ksana..
      =)

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728