Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Debaran 2010

    Debaran??? Ya, membuatkan saya berdebar-debar... Kenapa??? Hmm kerana debaran bahagia mencari Akhbar Mingguan iLuvislam edisi pertama sejurus selepas memperkenalkannya melalui edisi pengenalan pada Disember lalu, kerana tuntutan gantirugi ke atas kerajaan kelantan sebanyak RM800 juta dan isu kenaikan harga gula!


    iLuvislam.com sememangnya tak asing lagi, bukan? alhamdulillah sekarang kita boleh dapati akhbar mingguan iLuvislam pula. Bagi rakan-rakan yang berminat, maklumat lanjut, boleh ke web iLuvislam. Akhbar ini dikeluarkan setiap Jumaat dengan harga RM 2.00. Pelbagai isu kontemporari islamik, dalam negara, luar negara dan pelbagai kisah umat islam dan bukan islam. pelaburan yang menguntungkan. Ayuh kita menyokong usaha murni ini, tarbiah untuk semua!


    Keduanya, hati saya berdebar-debar, kebimbangan, tatkala membaca perkhabaran tentang tuntutan ganti rugi sebanyak RM800 juta oleh Timbermine Sdn. Bhd. ke atas kerajaan Kelantan. Tuntutan ini berikutan pembatalan projek pembalakan pada 1975 saat pemerintahan Barisan Nasional membatalkan perjanjian tersebut pada 18 Mac 1975. saya sangkakan kes itu telah selesai, namun inilah dugaan, takkan pernah sunyi. Namun saya percaya, kes ini pasti dapat diselesaikan dalam cara yang terebaik oleh kerajaan Kelantan, I'm Kelantanease!


    Ketiganya, berdebar-debar tentang isu G.U.L.A! Hmmm bagi pencinta kemanisan sudah tentu gusar bukan? bagi yang merancang kenduri barangkali khuatir, bagi suri rumahtangga juga mungkin bimbang... dipendekkan, semua yang menggunakan gula, pening!! Kesimpulannya, hmm kenaikan gula sebanyak 20sen daripada RM1.65 kepada RM 1.75 itu agak mengecewakan. namun apa daya kita, segalanya bergantung kepada harga gula mentah dunia..huhuhu..

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728