Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Lalat Perasan Bagus?


    Ayu, tak baca blog ceritacinta2****8? lama juga tak menjenguk, kenapa? dia cakap pasal engkau mungkin,
    Ya, si lalat itu memberanikan diri menjolok sarangnya si tebuan. Sedang langsungnya tiada si tebuan itu mencuitnya, haru biru kondisinya. Ah, pelik juga ya! Suka sahaja kamu perasan sendiri ya wahai lalat? Silakan wahai lalat… mungkin kamu terlalu bermegah di jamban pujaanmu sedang mungkin kamu rasa kamulah yang selalu kelihatan, menonjol dalam kalangan semuanya, mungkin jua dek kerana aura sayapmu yang sememangnya terlalu suka kesana kemari, menagih pujaan yang kononnya tak tercela. 


    Si lebah mencuit temannya untuk mengetahui sesuatu, sibuk pula kamu mencelah ya wahai lalat! Marahkan si lebah sedang si lebah hanya inginkan kepastian! Kamu hamburkan kesatnya kata. Silapnya perhitungan kamu kerna kamu terlupa bahawa tiap jejak hinggapmu bukan semuanya permaidani jijik pujaanmu! Ku kira tamat di situ namun gayamu tak seperti anggapanku. Usah khuatir, kegilaanmu ini bukan penjejas siklus hidup saat segalanya dewasa sebegini.

    Biarkan, mereka kenal kamu itu siapa, mereka mengenalinya. Sibuk juga kamu mengaku kamu ‘bukan itu’ dan ‘bukan ini’ ya? Ya sayangku lalat, ‘orang gilapun tak pernah mengaku bahawasanya dia itu G.I.L.A! Benarnya hari itu adanya ‘silap faham’ namun tiada apa yang nak di hairankan kerna kebiasaannya kamu memang begitu! 


    Tika kamu bermegahan mencanang kisah cerita, menyatakan sesuatu, kononnya kamulah yang M.U.L.I.A, ku tahu. Ku juga fahami, tentang kamu si lalat yang suka terbang merata mencicirkan najis busuk itu merata-rata! Jangan nanti kamu juga ditepuk Barrack Obama terusan mati di tempat kejadian kerana kecohmu itu. Inilah kata yang merebahkan tembok kesabaranku pabila mulutmu itu terlalu riuh mengundang celaka!

    P/s: Jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal, nanti ia akan menyakiti kamu dan jangan bertengkar dengan orang yang berilmu, kelak ia membencimu..

    6 ulasan:

    1. sungguh mendalam ayat2 yang diluah oleh cik ryu..sygnya,otak uto ni separuh dari selnya da mati..susah nak pahami maksud tersirat di sebalik ayat2 ni..hehe..=P

      BalasPadam
    2. Assalamualaikum.
      Selamat Hari Raya juga utk anda n famili.
      Maaf ya, tak dpt jwp aritu kerana sudah bertolak ke California pada 21 Sept.
      Sering-sering la ke blog n beri 'feedback' ya...
      Hmmm, lupa plak nak komen ur blog: .. gd layout! menarik ..

      BalasPadam
    3. huhu.. xpe abg encem uto, selitan rasa ad di situ, biar tulisan menggalas rasa, biar hati terluah siksa =)

      BalasPadam
    4. waalaikumussalam Dr...
      xpe, biar lmbat aslkan ad..
      =)

      bestnya, entah ble owg dpt ke sana,
      hehe..

      BalasPadam
    5. kesimpulannya..jangan bertengkar..hehe ;)

      BalasPadam
    6. hehe.. sbaikny gtu la chipsmore,
      tp ad mseny pmpuan nie emo ngat,
      huhu.. ^__^

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728