Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    ~kErNa Ku SaYanG kAMu~

    Ingin sekali aku berlari. Bukan menjauh, tapi ingin sekali ku bawa kamu berlari, menjauh untuk semua yang ku rasa semakin menghakis wibawamu. Bukan ku cemburu dengan dunia yang kamu cipta, yang kamu rasa ia kebahagiaan sedang ia penuh noda! ingin lagi ku menyanyi, membuka tarian kata, menyatakan aku sayang kamu, kerna kamu sahabatku.

    Ingin jua ku memelukmu, berseliputkan pesan, tinggalkanlah silam itu! Mungkin ada yang tertinggal tapi ada kalanya kamu harus meninggalkan untuk menemui kata tertinggal. Biarkan masa lalu itu terhenti di situ, usah kamu calarkan hari ini dengan kenangan di pentas semalam. Usah diungkap kata tidak mampu kerna ku yakin kamu sebenarnya mampu! aku jua insan yang tak sempurna yang terkadang tertimbun dek dosa, tapi ingin sekali kumelihat kamu seiringku, kerna ku tahu, destinasi kita sama, di SANA.

    Lembaranku ini bukan untuk sesiapa tapi hanya untuk kamu, ~kErNa Ku SaYanG kAMu~

    2 ulasan:

    1. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan

      BalasPadam
    2. btol tue ssm, ana stuju sgt!!
      hehe..

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728