Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Ya Rabb, Hinanya Aku !


    Ya Rabb, aku tak mengharapkan yang terbaik untuk tiap yang berlaku andai itu bukan redha-Mu. Aku Cuma ingin bahagia. Dalam diduga, aku redha hatta bertimpa walau berganda. Hinanya aku saat rebah luka berdarah, baru kucari arah bergantung sembah. Jangan biar air mata ini menitis kerana timbunan ujian-Mu sedang ia mengarca jiwa membentuk rasa. Jangan biar air mata ini menitis kerana sakit dunia yang meleka jiwa menyiksa atma. Biarkan ia menitis kerana seulas rasa seorang hamba yang berdosa.

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728